Wednesday, April 1, 2009

KENANGAN MANIS

Sepanjang Ghazali berkarya banyak pengalaman manis yang dilaluinya . Perkara yang paling manis baginya adalah apabila memenangi pertandingan hadiah pertama sayembara puisi peringkat Selangor dengan mendapat RM 5000 . Setiap orang mesti ada idola sebagai pendorong untuk terus berjaya. Ghazali juga mempunyai idola dalam bidang penulisan iaitu Shahnon Ahmad, tetapi ada kalanya Ghazali mengkritik karya yang dikeluarkan oleh idolanya . Ghazali juga pernah berjabat tangan dengan vvip seperti Menteri Kewangan , Tun Dr Mahathir, Allahyarhamah Datin Seri Hindon isteri Perdana Menteri . Ramai lagi vvip yang pernah Ghazali berjabat tangan dengan mereka .
Sebagai seorang guru telah ada anak muridnya yang telah berjaya dalam bidang penulisan , salah seorang daripadanya telah menjadi pengacara di astro sekarang . Ghazali juga mempunyai ramai rakan karib yang sama-sama dalam bidang penulisan . Antaranya ialah Allahyarham Ismail Sarbini .

No comments:

Post a Comment