KETIKA DAN KALIMAT
Aku sendiri tak tau apa yang nak di tulis ni. Tiba-tiba je kena wat esei 10 page. Adoi bagaikan batu 10 kg berada di kepala ku huahua. Tapi tak pe, hidup mesti diteruskan, perjalanan masih jauh, aku gagah kan juga jari jemari ku yang tirus ini untuk menaip. Tapi nak tulis apo ni. Ha kan dah kluar lorat negori. Aku tension!!! Nasib baik la ada rumet yang menenangkan daku. Thanx rumet. Haha dia pun 2x5 gak cam aku. Kena gak wat. Tapi die rilex je aku tengok. Atau lakonan semata-mata haha. Eh apo yang den melalut ni. Sorry rumet tak pasal-pasal ko terlibat sama dalam ini cerita. Nanti jangan lupa letak watak aku dalam tulisan ko nanti huhu. Kisah ini bermula apabila lecture multimedia mengarahkan semua anak didik beliau agar menulis esei yang aku sendiri tak tau untuk apa. Tapi kami sebagai anak hanya menurut perintah. Tak baik melawan kata orang tua kan. Kubiarkan pena menulis, meluahkan hasrat dihati, moga terubat segala keresahan dijiwa. Semua ini tak pernah ku inginkan.
First day aku masuk ke kelas multimedia. Ntah apa yang bestnye dengan kelas ni aku sendiri tak tau. Bila dengar je subjek multimedia ni, aku rasa macam semacam, tak tau lah kenapa. Orang cakap kelas ni best. Tapi bagi aku best ke tak kena laluinya dulu lah. Aku sebenarnya bukan minat sangat dengan multimedia ni. Sebab tu lah aku ambik bahasa. Haha. Hari pertama masuk kelas ni aku dah pelik, bukan pe. Masuk-masuk je kelas tiba-tiba ada dua orang lecture. Tak ke pelik tu. Sepanjang 6 semester aku kat upm ni, nilah kali pertama kelas yang aku masuk ada dua orang lecture haha, macam lawak je.
Tapi ini mungkin tanda-tanda awal apa yang dikatakan best oleh student-student sebelumku. Rupa-rupanya memang subjek ini ada dua lecture,tapi bukan masa yang sama. Tulah lain kali jangan memberi pandangan negatif dulu sebelum mengetahui apa sebenarnya yang terjadi. Lupa pulak hendak memperkenalkan lecture yang kami sayangi, lecture macam merancang pulak, sebab ada lelaki dan perempuan. Begitulah lumrah hidup ada lelaki dan ada perempuan. Adus merepek lagi aku ni. Ha , lecture yang perempuan ni bernama Dr Normaliza Bt Abdul rahim. Nampak macam garang, tapi tak tau la kan. Sebab baru je kenal. Lecture yang lelaki ni diberi nama Dr Arba’ie sujud. Segak orangnya.
Asyik bercerita sampai lupa nak letak nama kelas. Kelas Bahasa dan Multimedia ni beroperasi di bilik Jauhari. Siapa pelajar FBMK yang tak tau di mana bilik ni, alamatnya memang seorang yang tidak peka dengan keadaan fakultitak . Subjek multimedia ni setiap minggu ada satu kelas je. Dua jam dan satu jam lagi ada tutorial. Kelas bermula pada hari rabu pukul 12.00 tengahari. Berbalik pada cerita first day aku di kelas multimedia. Dengan perasaan yang meluap-luap untuk mengetahui apa itu multimedia kami dikejutkan dengan ketegasan lecture Dr normaliza. Terkezut gak aku masa tu. Tapi nak nampak macho nye pasal aku wat selamba je huhu. Ni ke yang dikata kan best tu. Aku pujuk diri ini agar bersabar. Tapi aku respect la kat Dr Normaliza ni. Beliau mempunyai tahap pendengaran yang amat tajam. Sampaikan bunyi budak-budak ni main pen pun dia tau. Semasa beliau mula mengajar dengan menggunakan slide di depan, satu lagi perkara baru yang aku belajar. Selalunya kita dibenarkan menyalin nota-nota yang terdapat pada slide. Tetapi berbeza pula dengan Dr Normaliza ni. Dia tak benarkan pelajar menyalin. Tetapi menyuruh pelajar dengan hanya mengambil gambar slide dengan menggunakan kamera ataupun kamera handphone.
Aku pelik juga pada mulanya. Tetapi selepas dia menerangkan bahawa nama pun kelas multimedia. Mestilah praktikkan apa yang berkaitan dengan multimedia. Hahahaha. Aku pun tak terfikir pulak pasal tu. Memang logik la beliau buat cara befitu. Lagi satu dapat jimatkan masa. Dr ni dahlah seorang yang cerewet tentang masa. So memang seswai lah cara ini dilaksanakan. Nampak gayanya memancar-mancarlah flash dari kamera yang mengambil gambar. Dr yang dok kat depan tu macam superstar la pulak ramai yang ambik gambar dia. Tapi tu hanya gurauan sahaja huhu. Maafkan saya Dr, sekadar nak menambah ayat je hehe.
Dalam kelas ini juga kami diarahkan untuk membuat kumpulan. Setiap kumpulan mesti ada sekurang-kurangnya 6 orang. Aku bab wat kumpulan ni yang aku lemah. Bukan apa, susah skit nak cari ahli kumpulan yang sesuai dengan kita kan. Masa tu pulak rumet aku yang amik subjek ni pulak tak datang, adoi lagi la aku tension tahap gaban huhu. Tapi nasib aku agak baik la sebab ada satu kumpulan ni ada empat orang je. Aku pun dengan muka yang tak berapa nak malu try tanya kumpulan ni mana la tau kalau diorang ni sudi terima hamba yang lemah ni haha.
Memang luck la hari tu sebab diorang sudi terima aku ngan member aku ni tuk join group diorang. Terima kasih lah geng. Kalau tak terpaksa aku wat group underground haha. Sebelum meninggalkan kelas Dr Normaliza sempat meninggalkan pesan bahawa pada kelas yang akan datang ada buat aktiviti. Barang-barang yang perlu dibawa akan ditampal di depan bilik beliau. Aku bab buat aktiviti ni yang aku suka. Tak la bosan sangat mendengar syarahan hehe.
Subjek multimedia ni memerlukan kami untuk menghadiri tutorial. Kalau nama da tutorial ni mesti ada markah kan. So tak boleh la nak ponteng. Aku pun pergi isi nama kat depan bilik Dr normaliza. Kat situ ada tertampal tiga helai kertas bermakna ada tiga hari tutorial. Nak pilih hari pun aku pening huhu. Biasalah tak cukup corum haritu. Aku pun pilih lah hari rabu pukul 8 hingga 10 malam. Malam tu beb. Tapi ada gak yang terlepas pandang sebab diorang ingatkan kelas tutorial tu pagi huhu. Nasib baik lah aku ada tuk menyedarkan mereka dari mimpi indah huahua. Pesanan untuk kawan-kawan, sebelum isi sila baca ayat yang tertera di atas kertas tersebut ye. Nampak gayanya kelas aku hari rabu ni agak pack gak la sebab sampai malam. Tapi tu tak jadi masalah sebab hari khamis dan jumaat aku memang tiada kelas, yahoo! Opss, terover pulak. Sorry.
Tutorial ku diajar oleh cik Azimah, cute orangnya, bagi markah lebih ye, dah puji ni haha. Hari pertama tutorial ni Dr Arba’ie Sujud pun ada. Beliau hanya menerangkan tentang tutorial serta apa yang akan dilakukan sepanjang tutorial pada semester ini. Aku mendengar dengan teliti agar apa yang dikatakan dapat ku ingat. Yang bestnya dalam kelas ni hanya ada dua ekor kumbang je yang dikelilingi bunga-bunga huhu, bahgianya hidup. Aku dan member aku yang merangkap rumet aku ler. So buat-buat macho la. Padahal segan gak. Nak belajar nye pasal sume perasaan segan tu aku campak kat luar kelas. Kalau campak jauh-jauh nanti susah lak nak ambik. Nanti langsung tak segan lak susah nanti haha.
Hari pertama ni kami belajar tentang powerpoint. Dalam powerpoint ni nanti mesti ada gambar tentang tajuk yang kita wat. Pada mula nya aku nak wat tentang tanah runtuh yang berlaku kat bukit Antarabangsa tu, tapi memandangkan ramai pulak yang wat tajuk hampir-hampir nak sama, so aku dengan tension pun tukar tajuk baru. Ha ni yang masalah ni, kalau nak pilih tajuk ni yang aku tak berapa nak expert la. Cik Azimah cakap tak nak yang dalam Negara. Fikir punya fikir, tercetus lah idea ku iaitu program realiti tv.
Sebenarnya aku main letak je. Nak sedap kan hati punya pasal. Sebenarnya terus-terang aku cakap sebelum ni aku memang tak berapa tau sangat camne nak guna powerpoint ni, just nak wat asgmen biasa reti la. Tapi kalau nak wat pusing-pusing atau timbul kan gambar tu memang aku tak tau. Ha tu lah bagusnya belajar subjek multimedia ni. Apa yang aku tak tau dulu, kini dah mula tau sikit-sikit, walaupun tak berapa hebat. Sekurang-kurangnya kalau orang suruh wat tu aku tak lah terpinga-pinga.
Ni cerita pasal dalm kelas multimedia pulak. Minggu ni setiap kumpulan diarahkan membawa kertas keras warna hitam saiz A4 sebanyak lima keping, majalah yang terpakai, gunting, gam, dan tali riben. Ntah nak wat apa lah Dr Normaliza ni. Rasa macam subjek pendidikan seni masa zaman skolah dulu pun ada hehe. Tapi tak kisah lah semua tu. Asalkan aku tak boring bila berada dalam kelas tu. Perasaan ingin tau semakin meluap-luap dalam diri untuk mengetahui aktiviti apakah yang bakal kami semua lakukan hari itu. Sebelum tu aku nak bagi tau nama kumpulan aku ialah Shin Chan. Ha nak gelak la tu. Memang pada mulanya aku pun nak gelak gak bila dengar nama tu. Apa ada pada nama kan. So aku wat dek je la. Yang penting kumpulan aku semua power-power haha. Puji kumpulan sendiri la pulak.
Akhirnya saat yang ditunggu pun tiba. Kami telah diterangkan oleh Dr bahawa aktiviti hari tu adalah untuk membuat kesesuaian gambar yang diambil dari majalah kemudian di tampal pada kertas keras dan di gantung dengan menggunakan tali riben. Cantik gak bila dah siap tu. Tujuan aktiviti ni dibuat adalah untuk melihat bagaimana kita menggunakan sesuatu gambar itu untuk dibuat hiasan. Bukan main ambik je gambar tersebut yang penting gambar mestilah ada kesesuai, keseimbangan pada gambar dan warna.
Aktiviti ni memupuk semangat kerjasama antara kami dalam kumpulan. Masing-masing telah diberikan tugas. Apa yang tension nye kelas ni , aktiviti yang dibuat pada hari tu mesti disiap kan dalam kelas juga. So kami semua bekerja dalam tekanan di hati haha, masing-masing aku tengok kusyuk buat kerja. Sampai nak senyum pun tak mampu. Sebenarnya Dr nak latih kami supaya bersedia untuk berada dalam tekanan kerana apabila bekerja kelak kami akan biasa dengan situasi ini. Semua yang Dr ni wat mesti ada relevannya. Tu yang aku sucpect huhu.
Setelah siap kami semua rasa lega sebab dapat siap kan kerja dalam masa yang ditetapkan. Walaupun agak kelam kabut gak masa tu, sebab masa tinggal beberapa minit je lagi. Yang penting hasil yang kami buat adalah yang terbaik, segar dari lading haha.
Nampak gayanya aku dah mula seronok dengan subjek ni. Mula-mula dulu memang lah aku tak berapa suka. Tapi bila tengok kelas ni ada je aktiviti, aku pun berminat la. Bak kata pepatah tak kenal maka tak cinta. Mulanya aku tak caya pun. Tapi bila dah kena batang hidung sendiri, ha ambik kau. Walaupun tension kelas ni tapi tetap best. Ada aura tersendiri.
Lepas kelas multimedia tengaharitu, malam pulak ada tutorial. Dahlah kelas ni tak boleh lambat. Kalau lambat memang tak boleh masuklah jawabnya. Kelas bermula kul 8.00 malam. Petang pulak aku ada latihan ragbi, so memang terkejar-kejar la nak mandi, solat magrib lagi. Tapi sempat je aku sampai tepat pada masa nya. Fuh macam tak caya je haha. Ye lah nak seribu daya tak nak seribu dalih kan. Nampaknya aku telah mempraktikkan peribahasa tu dalam hidup ku.
Untuk hari ni dalam tutorial, kami hanya sambung kerja membuat powerpoint yang masih tak siap lagi. Aku banyak tengok budak-budak ni punya kerja dulu pastu baru aku wat. Gempak gak powerpoint diorang ni. Tercabar den. Kat makmal ni lah aku nak cari gambar-gambar yang sesuai untuk tajuk aku. Sebab kat makmal ni line internet laju skit. Kalau wat kat kolej memang susah la. Line lembab gila. Tension den.
Sebelum tu aku nak bagitau yang kelas tutorial ni kat makmal computer yang terletak di Sanggar Bahasa. Kelas ni kalau hari malam memang agak menyeramkan hehe. Bukan lah nak cakap yang aku ni penakut, tapi kurang berani je. Ye la dahlah kawasan tu gelap pastu dekat ngan kawasan perkuburan islam dan jirat cina. Kalau orang yang berani pun boleh takut. Apa yang aku tau kenapa kubur tu berada dalam kawasan upm, sebab ramai student yang tertewas dalam pengajian di upm ni dan dikebumikan di situ. Sebab susah sangat kot subjek kat upm ni huahua. Oit itu semua hanyalah rekaan aku aje. Takde kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Off the record ok haha.
Aku memang jarang ada kelas yang di buat waktu malam. Seingat aku ada sekali je, tupun kelas ganti. Best ke kelas malam. Ntah lah biasa je aku rasa cuma yang membezakan hanyalah malam dan siang, tu je. Dalam kelas aku ni tak ramai yang datang dengan kenderaan sendiri. Kebanyakkan nya datang dengan bas. Ini satu hal lagi. Aku hangin tul ngan pemandu bas ni. Walaupun aku ni tak nek bas sebab ada kenderaan sendiri. Tapi aku tau la macam mana perasaan diorang ni bila naik bas sebab masa first year aku ada naik bas gak. Yang membuatkan aku hangin ni sebab pakcik bas selalu lambat. Sorry pakcik bas sebab melibatkan pakcik dalam ini cerita. Ini hanya sekadar luahan hati je.
Kelas bermula pukul 8. Kalau pukul 8 baru nak gerak, kul brapa lak nak sampai kelas kan. Nanti bila sampai kelas, kena marah dengan lecture. Walaupun berbagai alasan yang diberi namun semua itu tidak diterima. Kesian kawan-kawan aku. Takpe kawan-kawan aku respect affort korang tuk datang awal ke kelas. Hanya aku je yang faham situasi ini. Lecture memang tak tau pun sebab mereka tak nek bas dan tak merasai situasi tu. Aku agak je huhu. Tapi kawan-kawan jangan la wat selalu ok. Adoi, aku kalau wat powerpoint ni memang lambat. Tapi akan siap juga akhirnya. Kalau kat kelas memang tak siap la. So wat kat bilik ler. Aku kumpulkan gambarbanyak-banyak, nanti senang terus masukkan je. Dahla kene bentang nanti.
Masalah aku bile tengok dak lain ada yang dah siap aku mula la gelabah huhu. Tapi tu tabiat biasa manusia kan. Wei rumet ko dah siap ek esei ketika kalimat. Power r lu bro.Takpe, lu tunggu gua di garisan penamat ok. Doa kan wa dapat siap kan kalimat-kalimat yang bakal menjadi azimat pada yang membaca azimat ni nanti. Fuhh banyak lagi nak kena taip ni. Jari-jemari ku ini dah lenguh. Ni baru dapat enam page. Apa yang aku nak melalut lagi ni.
Minggu seterusnya, memang aku tak sabar nak masuk kelas. Bukan tak sabar sebab nak tunggu belajar pe aritu. Tapi tak sabar nak cop tempat haha. Ni satu lagi undang-undang lam kelas ni. Yang pertama tak boleh masuk lewat. Tepat pukul 12 tengahari je mesti dah kena ada lam kelas. Ataupun tak boleh masuk selepas lecture dah sampai. Siapa insane malang yang gagal menghadirkan diri tepat pada masanya. Hahahaha memang tak dapek la den nak nolong. Kau dengar lah leteran yang berbisa dari Dr ye. Den tak sanggup nak dengar. Sebenarnya bagus gak Dr wat undang-undang camtu. Kalau tidak kul 12.30 pun ada yang baru terhegeh-hegeh nak datang nanti. Ha kepada yang selalu lambat tu, untuk kelas Dr Normaliza ni sila lah ubah diri anda ok. Ini mengajar kita untuk tepati masa.
Undang-undang seterusnya pulak pasal tempat duduk, Dr memang pantang bila tengok ada orang yang duduk di belakang. Padahal masih ada lagi kerusi yang kosong di depan. Pasal ni pun nanti beliau akan berleter untuk beberapa minit. Selepas tu semuanya dah faham sangat dengan cara Dr ni mengajar. Bila aku berada dalam kelas ni. Aku rasa berdisiplin skit. Bukan pe, takut kena leter je huhu. Sorry Dr, dah banyak dah tulis pasal Dr ni. Tapi ni bukan nak tegur or apa. Ni sekadar luahan je. Memang baguslah Dr wat undang-undang camtu. Baru best huhu.
Minggu ni Dr suruh bawak satu laptop untuk setiap kumpulan. Ada aktiviti lagi la ni kan. Aktiviti minggu ni adalah menulis esei tentang pengaruh iklan terhadap kanak-kanak yang berusia enam tahun. Mesti ada lapan page dan hantar haritu jugak. Ha kan aku dah cakap, mesti kena hantar masa tu jugak. Dah la lapan page. Namun semua terus membuat apa yang telah disuruh. Takut tak sempat siap lak kan. Seperti biasa tugas-tugas telah diberi. Masing-masing mula lah menyibukkan diri dengan kerja. Satu je yang selalu bermain dibenakku setiap kali aktiviti seperti ini berjalan. Sempat ke siap sebelum pikul dua. Aku rasa bukan aku sorang yang berfikir begitu,tapi hampir seluruh pelajar akan berfikir seperti itu. Yela, cuba bayang kan wat esei 8 page dalam masa dua jam. Memang lah ramai kepala dalam kumpulan tu tapi bila dah kena wat kerja secara tekanan begitu mestilah masing-masing kekeringan idea kan. Bak kata pepatah alah bisa tegal biasa, siapa yang tak tau maksudnya boleh lah cari dalam buku ye. Kumpulan Shin Chan akhirnya dapat menyiapkan tugasan yang diberikan. Walaupun isinya tidak seberapa tetapi kami yakin itulah hasil yang terbaik kami berikan.
Cerita pasal powerpoint ni, memang jadi pengajaran la kat aku sebab suka tangguhkan kerja. Tanguh punya tangguh hamper-hampir tak siap kerja aku sebab hari tersebut nak bentang. Nasib baik kelas tutorial malam. Balik je dari kelas pukul 2 tu aku terus buat. Memang kerja dalam tekanan huhu. Tu yang aku praktikkan apa yang telah dilalui dalam kelas. Masa tinggal beberapa jam je lagi. Bayangkan lagu pun aku tak tau nak letak lagu apa masa tu. Aku hanya mampu berdoa dan berusaha sedaya upaya aku untuk siap kan powerpoint sebelum kelas malam tu. Kata orang kalau buat kerja las minute ni semua tak jadi. Tapi aku berjaya menidakkan teori tu, huhu. Alhamdulillah hasil kerja ku yang last minute tu agak menarik juga selepas di masukkan lagu. Aku gunakan lagu I will survive. Sesuai dengan tajuk aku iaitu program realiti tv.
Malam tu aku bersama rumet pergi kelas tutorial tepat pada masanya iaitu sebelum pukul 8. masa aku sampai Cik Azimah dah sampai dan masih menunggu di luar bilik sebab pakcik makmal tu belum buka pintu lagi. Masa tu tak ramai yang dah sampai. Bila pintu dibuka barulah sekumpulan budak dari KTDI datang. Diorang ni kalau datang memang satu team punya. Nama pun naik bas yang sama kan. Tu yang kalau bas lambat memang kosong lah kelas huhu. Lupakan dulu pasal tu. Apa yang penting malam ni aku nak bentangkan apa yang telah aku buat. Sebenarnya dari atas motor lagi jantung aku dup dap dup dap huhu macam nak pecah aku rasa. Padahal takde apa pun. Aku ni memang darah gemuruh skit kawan-kawan. Bukan pe, risau gak kalau powerpoint tu tak jadi pulak kan. Aku gak yang tak dapat markah.
Rumet aku orang yang pertama bentang, sebab dia duduk di meja nombor satu di depan. Aku pulak nombor enam, baris belakang dia. Pehh gempak gak dia punya powerpoint. Tajuk dia pilihanraya usa. Yang pasal Obama tu. Bro lagu yang lu guna memang sesuai iaitu American Idiot huhu. Pembentangan pun berterusan sampai kat kawan aku ni, aku kasihan skit sebab tau-tau je slide dia dah tamat. Rupa-rupanya lagu yang dia letak tak join sekali. Adus… ni yang aku risau ni. Orang lain wat salah aku pulak yang risau haha. Akhirnya tibalah giliran aku untuk wat pembentangan. Langkah ku atur penuh sopan ke depan. Saat tu memang rasa nak lari huahua. Tapi cover macho beb. Aku klik je button on, slide yang aku buat pun bermain. Nasib baik lagu ada. Aku tengok semua melihat slide aku. Tapi tak tau diorang puji ke, kutuk ke tentang powerpoint yang aku wat. Itu aku tak peduli yang penting aku berjaya bentangkan hasil kerja dengan jayanya. Aku tarik nafas lega. Keseluruhannya malam tu semua ok. Cuma ada beberapa orang yang lagunya tak dapat dimainkan. Syabas kawan-kawan.
Kalau dah ambik kelas multimedia, tak sah kalau tiada subjek yang menggunakan kamera. So hari ni lecture suruh bawa kamera. Mungkin nak ambik gambar aku rasa. Tapi tak tau lah gambar apa sebab Dr Normaliza tak cakap lagi. Sebelum memulakan aktiviti pada hari tu. Dr mulakan dulu dengan memberi kuliah. Ha masing-masing mula mengeluarkan kamera tuk ambik gambar slide. Tajuk kuliah hari tu adalah tentang web site. Memang macam-macam lah tentang istilah dalam web yang aku tak tau. Antaranya yang sempat aku dengar iaitu downloading, hyperlink, url, portal dan macam-macam lagi lah yang sebelum ni aku tak pernah dengar.
Ha ni satu lagi kesukaan Dr Normaliza, selepas bagi kuliah mesti akan ada kuiz tentang tajuk yang belajar tadi. Tujuan adalah supaya pelajar mengambil perhatian semasa beliau memberi kuliah. Cara kuiz ni di jalankan dengan Dr memberi soalan dan memanggil nama kumpulan untuk menjawab. Tetapi jika salah seorang dari ahli kumpulan tu lambat bangun. Memang tak dapat lah menjawab. Dan kumpulan lain lah yang dapat soalan tu. Huhu memang dalam tekanan kelas ni.
Selepas dari tu barulah aktiviti seterusnya. Kami diminta untuk mengambil gambar yang bersesuaian dengan peribahasa yang kami pilih sendiri. Nak ambik gambar pun kena ada peribahasa ke. Satu lagi pelajaran baru aku belajar hari tu. Gambar yang telah diambil nanti mesti di bentangkan dalam powerpoint untuk kelas akan datang. Dalam masa satu jam kami semua bertebaran di kawasan fakulti untuk mengambil gambar. Aku tengok bermacam-macam jenis kamera yang ada. Tapi tak kisahlahkan. Kami ni kira tahap amatur lah dalam bab ambik gambar ni.
Bermacam gaya yang keluar bila dah berdepan depan kamera ni. Huhu. Memang kreatif lah diorang ni kalau bab peribahasa ni. Macam-macam skil, posing maut pun ada. Namun kumpulan ShinChan tetap maintain. Kami ambik je gambar dulu. Mana yang sesuai kami akan ambik dan masukkan dengan peribahasa yang sesuai. Tapi bukannya mudah untuk menghasilkan gambar yang bertemakan peribahasa ni. Boleh jadi gilo den kahkah.
Kelas tutorial sudah beberapa minggu berlalu. Kami akan membuat calendar, web kami sendiri dan blog. Dalam banyak-banyak kerja ni. Buat calendar lah yang paling aku suka. Bagi aku ini suatu yang baru untuk aku pelajari. Selama ni asyik tengok calendar yang kat kedai je. Dah lah ntah gambar apa yang diletak. Untuk calendar ni kami disuruh supaya meletakkan gambar kami sendiri. Sebelum ni aku ada gak tengok dak senior punya calendar. Cantik gak. Ni yang aku nak sangat buat.
Proses tuk buat calendar ni bukan lah senang seperti yang ku sangka. Untuk membuat calendar ni aku menggunakan adobe photoshop. Mula-mula buat memang lah tak faham sebab ianya memerlukan kita membuat beberapa layer didalamnya. Aku pun pening pada mulanya. Tapi nasib baiklah ada kawan-kawan yang sudi membantu. Terima kasih kawan. Jasa kalian tidak akan aku lupa huhu. Begitulah hidup sebagai student ni. Hidup mesti tolong menolong. Jangan sombong diri kelak diri akan rugi.
Dalam calendar ni aku letak banyak gambar aku. Gambar ni bukan main letak sesuka hati je. Tapi kena cut dulu. Masa nak cut gambar nil ah aktiviti yang memerlukan kesabaran yang lebih sebab kalau tidak berhati-hati gambar tu nanti tak cantik pulak. Aku kalau wat kerja perlahan-lahan ni memang anti skit. Ye lah lambat kan. Tapi demi mendapatkan hasil yang terbaik, kuturutkan jua. Kawan-kawan aku punya calendar memang gempak-gempak la. Bagus kawan-kawan ku. Teruskan perjuangan ok.
Selepas siap semua calendar tu aku hantar cetak kat Syarikat Perniagaan Serdang. Semua budak print kat situ. Kayo lah towkey tu. Apa taknye satu calendar dia cas RM 28.00. kalau di darab dengan 80 , tak ke kayo huhu. Pakcik kayo. Tapi tak kisahlah yang penting calendar aku siap. Dan hasilnya memang memberangsangkan. Walaupun ada pecah skit. Bukan aku sorang je yang camtu. Dak lain pun sama gak.
Hari ni adalah hari pembentangan untuk hasil kerja yang telah dibuat pada minggu sebelumnya. Memang menariklah. Diorang ni memang kreatif kalau buat benda-benda camni. Lawak pun ada. Ye la bila dah gunakan peribahasa yang pelik, gambar pun mesti pelik gak kan haha. Tak kurang gak dengan kumpulan aku. Bermacam-macam gaya yang telah di praktikkan untuk membuat seperti peribahasa yang telah dipilih. Contohnya batu loncatan. Ringan sama dijinjing berat sama dipikul.
Akhirnya sampai jugak aku hingga page sepuluh. Macam tak percaya pulak hehe. Dah bermacam-macam yang telah aku tulis dalam ni. Semua ni ikhlas dari hati ini. Tidak terniat dihati untuk mengata apatah lagi untuk menghina. Kita hambaNya yang lemah tidak lepas dari melakukan kesalahan. Cuma bezanya sama ada kita hendak mengambil iktibar atau tidak dari apa yang telah berlaku. Tiada yang sempurna melainkan Dia. Kepada rakan-rakan seperjuanganku. Hanya tinggal beberapa hari saje lagi kita akan meninggalkan kampus hijau ni. Pahit maung telah kita rasa bersama. Apa yang aku harapkan janganlah dibuang kenangan kita bersama. Kenanglah ia bila kau teringat kisah dulu. Ia akan menjadi memori yang paling bermakna. Kepada Dr Normaliza , Dr Arba’ie, cik Alia dan Cik Azimah terima kasih kerana mengajar daku untuk terus meminati multimedia. Segala tunjuk ajar kalian tidak akan ku lupa sampai bila-bila. Terima kasih semua!!
Remaja, hakikat dan reality alam ku tidak sama dengan harapan, thank you, forgive me sahabat. If aku tidak kembali, ini adalah salam perpisahan.
Remaja
Remaja hidupmu penuh gelora
remaja renungilah sejenak
remaja perlukan teman setia
remaja hayati sejenak
hidup ini bagai arus
mengalir deras tanpa haluan
andai tersesat
kembali segera ke pangkal jalan
teman penawar dalam hidupmu
menghapus segala resah
melangkah dengan gagah
halangan ditempuh bersama
sehingga kepuncak jaya
and finally....they were married happily ❤️
3 years ago
ape y kau merapu ni mull sampai 10 page??
ReplyDeletehuargggh,, tekanannye saye nak buat ketika dan kalimat inih!!!!