KERANA JUJUR
“Zal!, Zal!, bangun . Kau tak pergi kerja ke? Dah pukul 7.00 pagi ni.” Hei, budak bertuah ni, susah betul nak bangun pagi. Mak Bedah melepaskan keluhan kecil kerana setiap hari itulah tugas hariannya setiap pagi. Mengejut anak kesayangannya itu untuk bangun pagi. Dia berlalu ke dapur untuk membuat sarapan pagi.
“ Ye mak! Zal bangun dah ni. Tengah bersiap. Faizal menjerit dari dalam bilik. Faizal ialah anak tunggal kepada pasangan suami isteri Pak Kordi dan mak Bedak. Selepas Pak Kordi meninggal dunia akibat kemalangan, mak Bedahlah yang mengambil alih tugas untuk menyara keluarga dan membesarkan Faizal. Kini Faizal pula yang mengambil alih tugas tersebut setelah dia bekerja sebagai budak penghantar surat di sebuah syarikat swasta.
“ Selamat pagi mak.”
“ Selamat pagi. Amboi! Wangi betul Zal hari ni. Ada apa-apa ke? Mak bedah tersenyum sambil menuangkan air ke dalam cawan Faizal.
“ Eh, mak ni. Ada-ada saja. Zal baru beli minyak wangi semalam.”
“ Banyak duit kamu Zal?”
“ Adalah sikit mak. Sedapnya pisang goreng ni.” Faizal mengambil pisang goreng dan menguyahnya.
“ Memang lah sedap. Mak yang masak.” Mak Bedah berseloroh. “ Kamu berjimat sikit. Kita ni bukannya orang senang.
“ Zal tahu mak. Zal sentiasa dengar nasihat mak. Sekarang biarlah Zal yang menanggung keluarga ni. Walaupun gaji Zal kecil, Zal tetap akan menyara mak.
“ Kamu tu bukan tiada kelulusan. Ijazah pengurusan perniagaan lagi. Tapi saja nak kerja begitu.
“Bukan begitu mak. Sekarang bukan senang nak dapat kerja. Saya sahut seruan kerajaan agar tidak memilih kerja.” Faizal begitu bersemangat.
“Tepulang kepada kamu lah Zal. Yang penting Halal. Ingat pesan emak ni. Kamu mesti jujur walaupun akan mengancam nyawa kamu. Biarlah kita susah tetapi bukan dari hasil yang tidak betul. Jangan lupa tolong orang yang dalam kesusahan.” Mak bedah berceloteh panjang pada pagi itu untuk menasihati anak kesayangannya itu.
“ Ye mak. Zal ingat kata-kata mak tu. Zal pergi kerja dulu. Doakan Zal selamat sampai dan murah rezeki.” Faizal sempat lagi mengusik Mak Bedah.
“ Baiklah hati-hati bawak motor tu. Jangan laju-laju.” Mak Bedah tersenyum sambil melihat Faizal hilang dari pandangannya. eh habis dah, tunggu sambunganya akan datang...
No comments:
Post a Comment