Tuesday, March 31, 2009

SUMBER INSPIRASI

Untuk meneruskan bakat dalam penulisan, Ghazali diberi galakan daripada keluarga, terutama isteri . Dalam karyanya ada juga diletakkan nama isteri sebagai penulis . Ghazali adalah seorang penulis yang boleh menulis di mana sahaja kerana dari segi pembahagian masa ramai rakan yang menganggap Ghazali seorang penulis yang tidak berdisiplin . Ghazali tidak mempunyai masa yang khusus untuk menulis . Sebagai guru di sekolah , Ghazali mengisi masa terluang untuk berkarya sehinggakan Ghazali pernah berjaya menyelesaikan sebuah cerpen dalam tempoh berkenaan . Di rumah , Ghazali biasanya menulis pada waktu malam . Selalunya penerbit novel memberi tempoh untuk menghantar karya . Selain berkarya dalam genre sajak atau novel Ghazali juga mengembangkan bakatnya kepada menulis buku rujukan . Ghazali sejak akhir-akhir ini , kurang menulis karya kreatif kerana memberi tumpuan serius kepada penulisan buku rujukan . Mungkin penulisan karya kreatif mempunyai jangka masa tertentu sehingga selepas beberapa ketika, penulis mula kehabisan idea . Lagipun penulis berkenaan turut mendapat peluang menulis buku rujukan . Ini yang berlaku kepada kebanyakkan rakan Ghazali seperti Allahyarham Ismail dan Khairudin Ayip . Kerinduan untuk berkarya kreatif memang ada, tetapi kesibukan menyelesaikan pengajian ijazah kedoktoran menghalang Ghazali . Apabila menyebut kelebihan penulisan buku rujukan , Ghazali mengakui karya kreatif lebih bebas dan tidak terikat dengan sukatan pelajaran serta kehendak pasaran . Ini berbeza dengan buku rujukan kerana penerbit mahu menampilkan keistimewaan dan kelebihan buku mereka agar mendapat sambutan di pasaran . Ini mendorong Ghazali dan rakan yang terbabit menghasilkan buku yang lebih istimewa dengan memberi ulasan serta huraian jawapan . Penulisan buku rujukan juga memberikan pulangan lebih lumayan berbanding karya kreatif . Penulisan karya kreatif lebih kepada mendapatkan nama dan populariti. Penulisan buku rujukan lebih membantu kerana pengalaman 15 tahun Ghazali dalam dunia pendidikan . Pengalaman ini sekali gus membantu Ghazali untuk memudahkan pelajar dalam memahami pelajaran seperti memperkenalkan teknik mengarang berdasarkan formula ikatan dua hati .

No comments:

Post a Comment