Tuesday, March 31, 2009

SUMBER INSPIRASI

Untuk meneruskan bakat dalam penulisan, Ghazali diberi galakan daripada keluarga, terutama isteri . Dalam karyanya ada juga diletakkan nama isteri sebagai penulis . Ghazali adalah seorang penulis yang boleh menulis di mana sahaja kerana dari segi pembahagian masa ramai rakan yang menganggap Ghazali seorang penulis yang tidak berdisiplin . Ghazali tidak mempunyai masa yang khusus untuk menulis . Sebagai guru di sekolah , Ghazali mengisi masa terluang untuk berkarya sehinggakan Ghazali pernah berjaya menyelesaikan sebuah cerpen dalam tempoh berkenaan . Di rumah , Ghazali biasanya menulis pada waktu malam . Selalunya penerbit novel memberi tempoh untuk menghantar karya . Selain berkarya dalam genre sajak atau novel Ghazali juga mengembangkan bakatnya kepada menulis buku rujukan . Ghazali sejak akhir-akhir ini , kurang menulis karya kreatif kerana memberi tumpuan serius kepada penulisan buku rujukan . Mungkin penulisan karya kreatif mempunyai jangka masa tertentu sehingga selepas beberapa ketika, penulis mula kehabisan idea . Lagipun penulis berkenaan turut mendapat peluang menulis buku rujukan . Ini yang berlaku kepada kebanyakkan rakan Ghazali seperti Allahyarham Ismail dan Khairudin Ayip . Kerinduan untuk berkarya kreatif memang ada, tetapi kesibukan menyelesaikan pengajian ijazah kedoktoran menghalang Ghazali . Apabila menyebut kelebihan penulisan buku rujukan , Ghazali mengakui karya kreatif lebih bebas dan tidak terikat dengan sukatan pelajaran serta kehendak pasaran . Ini berbeza dengan buku rujukan kerana penerbit mahu menampilkan keistimewaan dan kelebihan buku mereka agar mendapat sambutan di pasaran . Ini mendorong Ghazali dan rakan yang terbabit menghasilkan buku yang lebih istimewa dengan memberi ulasan serta huraian jawapan . Penulisan buku rujukan juga memberikan pulangan lebih lumayan berbanding karya kreatif . Penulisan karya kreatif lebih kepada mendapatkan nama dan populariti. Penulisan buku rujukan lebih membantu kerana pengalaman 15 tahun Ghazali dalam dunia pendidikan . Pengalaman ini sekali gus membantu Ghazali untuk memudahkan pelajar dalam memahami pelajaran seperti memperkenalkan teknik mengarang berdasarkan formula ikatan dua hati .

PROSES BERKARYA

Dalam proses berkarya ia memerlukan tema yang kuat barulah karya yang dihasilkan jelas dan lebih menarik . Tema pilihan Ghazali ialah lebih berkisar mengenai isu kekeluargaan dan kemasyarakatan . Selain kemasyarakatan, cerpen Ghazali turut menyentuh isu terkini yang berlaku sama ada dalam atau luar Negara . Isu semasa ini banyak dijadikan bahan untuk menulis seperti isu Palestin. Selain itu Ghazali turut menerapkan nilai murni dalam novel selain untuk mengangkat sejarah . Bagi tema untuk novel pula, setakat ini Ghazali belum menghasilkan novel dewasa . Ghazali lebih bertumpu kepada novel kanak-kanak dan remaja . Ini kerana sejak kecil lagi Ghazali sudah akrab dengan novel kanak-kanak . Minat membaca inilah menumbuhkan minat menulis karya berkaitan kanak-kanak . Lagipun ada penerbit yang menawarkan peluang untuk menulis novel kanak-kanak dan remaja . Ghazali dengan gembira menyahut cabaran mereka . Rakan turut menggalakkan Ghazali menulis novel genre itu, terutamanya . Terutama Allahyarham Ismail Sarbini . Ghazali dapat menulis novel kanak-kanak dan remaja walaupun zaman Ghazali dalam dunia itu telah lama berlalu . Sebagai guru, Ghazali banyak bergaul rapat dengan pelajar hampir setiap hari . Cerita dan latar belakang mereka cukup mempengaruhi sehingga dijadikan sebagai bahan untuk berkarya . Malahan , Ghazali turut menyelitkan nama dan cerita mereka dalam novelnya . Penelitian terhadap perkembangan mereka , membolehkan Ghazali dunia mereka .

LANGKAH BERMULA

Ghazali mula menulis di UPM semasa melanjutkan pengajian pada peringkat Bacelor Pendidikan dan mengambil kursus penulisan kreatif pada tahun 1989 . Keputusan pengajiannya dalam kursus berkenaan turut menjadi penggalak untuk Ghazali terus menulis . Sebelum sarjana muda Ghazali hanya menulis sekadar untuk suka-suka dan tidak pernah menghantar kepada media . Ghazali tidak menerima sebarang galakan ketika remaja sebaliknya lebih banyak membaca . Bagi proses berkarya untuk mencari idea apabila mendapat ilham Ghazali terus menaip cerita di komputer dan hanya mengedit untuk diperhalusi sama ada apa yang ingin dinyatakan itu sampai atau tidak selepas selesai. Kadangkala mencatatkan ilham secara kasar sebelum meluahkan kepada komputer bagi menyelesaikan sesuatu karya Ghazali adakalanya mengambil masa yang singkat dan adakalanya mengambil masa berbulan-bulan . Ghazali akan menulis di mana-mana sahaja apabila datang ilham . Untuk memantapkan lagi kemahiran dalam berkarya Ghazali telah mengikuti bengkel hanya selepas cergas menulis karya kreatif . Pernah menyertai bengkel penulisan sastera kanak-kanak anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) . Selain itu juga pernah mengikuti bengkel anjuran Persatuan Penulis dan Kebajikan Selangor (Kemudi)

PEMBUKA BICARA

Ghazali ialah seorang penulis yang berbakat dan telah banyak menghasilkan karya dalam pelbagai genre. Walaupun Ghazali berkarya dalam usia lanjut tetapi tidak pernah menyesal akan kelewatannya itu . Sebaliknya menaikkan semangatnya untuk terus menghasilkan karya yang hebat .

Wednesday, March 25, 2009

LATAR BELAKANG GHAZALI LATEH


Profil mengenai Ghazali Lateh ialah, nama penuh ialah Ghazali Bin Lateh . Nama penanya Ghazali Lateh . Tarikh lahir pada 15 mac 1961 . Ghazali berasal dari Kedah dan dilahirkan di Kampung Bukit Nibung , Bukit Jenun, Kedah . Mendapat pendidikan awal di Sk Bukit Jenun , Kedah pada tahun 1968-1973 , dan Sm Guar Chempedak, Kedah pada tahun 1974-1979. Selepas itu Ghazali telah melanjutkan pengajiannya di Peringkat Pendidikan Tinggi . Ghazali meneruskan pengajian di Maktab Perguruan Kinta , Ipoh pada tahun 1981-1983. Selepas itu Ghazali telah menjadi guru dan mengajar di SMK Sik, Kedah pada tahun 1984-1989 . Kerana cintanya pada ilmu pengetahuan Ghazali menyambung pengajian di Universiti Putra Malaysia , Serdang dalam bidang Bacelor Pendidikan pada tahun 1989-1993 . Selepas memperoleh ijazah Ghazali menjadi pendidik semula di SMK Teluk Datok pada tahun 1993-2003 . Pada tahun 1999-2001 Ghazali melanjutkan pengajian diperingkat Master Sastera di UPM, Serdang . Dan sekarang melanjutkan pengajian peringkat PHD (Linguistik) juga di UPM .